Friday, July 13, 2007

TAHNIAH KEPADA SEKOLAH YANG MENYERTAI KUMPULAN BLOG ICT DAERAH

Tahniah kepada semua sekolah yang telah menyediakan blog untuk dirangkaikan dengan blog-blog ICT sekolah lain di daerah Hulu Selangor. Blog paling baru ialah blog ICT daripada SK Kg Kuantan. Tahniah. Semoga lebih ramai akan menyertai kumpulan ini. Harapan untuk mewujudkan rangkaian blog ini mungkin boleh menjadi kenyataan jika semua sekolah menyokong usaha ini.

Bagi yang telah ada blog dan telah dirangkaikan, tuan-tuan boleh sambungkan ( link) alamat-alamat blog ini dengan blog masing-masing. Dengan ini segala perbincangan dan pesanan amat mudah disampai kepada rakan-rakan lain dalam kumpulan penyelaras makmal / penyelaras ICT ini.

Selamat mencuba. Semoga kita semua mendapat manfaat dan faedah daripada program ni.

KUTV PPDHS.

Sunday, July 8, 2007

BLOG ICT & PENYELARAS MAKMAL KOMPUTER

Tahniah kepada semua penyelaras makmal komputer yang hadir dalam kursus di Coral Bay, Pangkor. Ruangan blog-blog ict daerah Hulu Selangor telah makin bertambah. Sebelum ini kita telah ada blog daripada PKG Kalumpang, SK KKB, SMK KKB, SMK Syed Mashor, SMK Sg Choh, dan hari ini kita dapat lagi dua blog ict dari rakan di daerah ini iaitu dari:
  1. SK BATANG KALI.
  2. SK TUN ABDUL RAZAK.

Tahniah kepada semua. Semoga ini akan menjadi pemangkin kepada blog-blog yang lain.

KUTVPPDHS.

08.07.2007.

Wednesday, April 18, 2007

BLOG PENYELARAS MAKMAL KOMPUTER SKKKB

Tahniah kepada En Mohd Azdi kerana telah menyiapkan blog untuk diri sendiri. Blog ini adalah blog pertama penyelaras makmal komputer di Hulu Selangor yang telah berjaya disiapkan. Blog ini sebagai blog kedua yang dapat KUTV link dengan blog KUTV PPDHS.

KUTV berharap lebih ramai lagi penyelaras akan menyiapkan blog masing-masing. Apabila tuan-tuan berjaya laksanakan hal ini, harapan KUTV untuk melihat rangkaian blog antara PPDHS dengan sekolah akan tercapai.

Tuan-tuan boleh melihat blog ini melalui sidebar blog ini di sebelah kanan, atau boleh terus ke http://skkkbict.blogspot.com


Disediakan oleh:
KUTV PPDHS
18.04.2007

Friday, April 6, 2007

EMAIL DAN BLOG PENYELARAS MAKMAL KOMPUTER

Saya masih menanti blog tuan-tuan dan puan-puan semua. Email yang saya minta melalui mesej juga masih ramai tidak menghantarnya kepada saya. Saya harap semoga semua penyelaras dapat mengambil tindakan tentang email ini.

Ruangan penyelaras makmal komputer ini masih tidak berisi sepatutnya. Hanya En Wahi sahaja yang telah mula memasukkan maklumatnya. Tuan-tuan dijemput mendapatkan maklumat tentang PKG terutama dalam proses pembestarian sekolah.

Sekian. Terima kasih.

Disediakan oleh:
KUTVPPDHS
06.04.2007

EMAIL 4 BUAH PKG DI HULU SELANGOR

Assalamualaikum,

En Abd Wahi telah mencatatkan email keempat-empat PKG pada blognya. Saya cuba menyebarkan maklumat ini melalui blog KUTV. Tuan-tuan boleh klik pada sidebar sebelah kanan (warna kehijauan). Kliklah pada link "khas untuk penyelaras makmal dan ict". Semoga semua ini dapat membantu merapatkan hubungan melaui email dengan semua PKG di daerah Hulu Selangor.

Disediakan oleh:
KUTVPPDHS
06.04.2007

Saturday, March 31, 2007

blog En Wahi PKG Kalumpang

En Wahi PKG Kalumpang telah mencuba satu blog yang mungkin boleh dikongsikan bersama. Terima kasih kepada En Wahi kerana bersama-sama KUTV PPDHS untuk mengembangkan wadah seperti ini. Semoga ini akan menjadi penggalak lagi kepada semua guru khususnya penyelaras makmal komputer di daerah Hulu Selangor.

Disediakan oleh:
KUTV PPDHS
31.03.2007
12 Rabiulawal 1428.

Wednesday, January 10, 2007

cuba buka blog penyelaras makmal komputer dan ict

SELAMAT MENCUBA
semoga teruskan meneroka apa-apa yang ada dalam blog yang terhasil ini.
daripada kutv ppdhs