Friday, July 13, 2007

TAHNIAH KEPADA SEKOLAH YANG MENYERTAI KUMPULAN BLOG ICT DAERAH

Tahniah kepada semua sekolah yang telah menyediakan blog untuk dirangkaikan dengan blog-blog ICT sekolah lain di daerah Hulu Selangor. Blog paling baru ialah blog ICT daripada SK Kg Kuantan. Tahniah. Semoga lebih ramai akan menyertai kumpulan ini. Harapan untuk mewujudkan rangkaian blog ini mungkin boleh menjadi kenyataan jika semua sekolah menyokong usaha ini.

Bagi yang telah ada blog dan telah dirangkaikan, tuan-tuan boleh sambungkan ( link) alamat-alamat blog ini dengan blog masing-masing. Dengan ini segala perbincangan dan pesanan amat mudah disampai kepada rakan-rakan lain dalam kumpulan penyelaras makmal / penyelaras ICT ini.

Selamat mencuba. Semoga kita semua mendapat manfaat dan faedah daripada program ni.

KUTV PPDHS.

Sunday, July 8, 2007

BLOG ICT & PENYELARAS MAKMAL KOMPUTER

Tahniah kepada semua penyelaras makmal komputer yang hadir dalam kursus di Coral Bay, Pangkor. Ruangan blog-blog ict daerah Hulu Selangor telah makin bertambah. Sebelum ini kita telah ada blog daripada PKG Kalumpang, SK KKB, SMK KKB, SMK Syed Mashor, SMK Sg Choh, dan hari ini kita dapat lagi dua blog ict dari rakan di daerah ini iaitu dari:
  1. SK BATANG KALI.
  2. SK TUN ABDUL RAZAK.

Tahniah kepada semua. Semoga ini akan menjadi pemangkin kepada blog-blog yang lain.

KUTVPPDHS.

08.07.2007.